Photo Majlis Aidilfitri PPKSD3 2010

Sunday, October 3, 2010

Bee Hoon Goo Reng











Pertama kali syukur kehadrat ilahi atas nikmat yang dikurnikan. Alhamdulillah dari riak air muka hadirin pada petang itu menunjukkan kemesraan yang terjalin sesama jiran tetangga yg mungkin sebelum ini masih tak kenal, kalau kenal sekalipun masih belum ada peluang beramah mesra, tetapi dengan berkat usaha menubuhkan persatuan ini kita mudah untuk bertemu dengan adanya aktiviti sebegini.
Aktiviti gotong royong petang tu memang menggalakkan dengan juadah utama bihun goreng yang disediakan oleh semua ahli2 lebih bangga lagi dengan menggunakan alatan memasak yg baru dibeli hasil dari kutipan ahli. Dengan perbelanjaan RM650 membeli alatan tersebut sudah mencukupi jikalau hendak adakan kenduri yg lebih besar. Bihun yg sudah siap digoreng lebih kurang pukul 6.30 petang ditambah dengan sedikit juadah lain akan menjadi hidangan kepada tetamu yang hadir malam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails